Song lyrics downloaded from: https://www.albumsongandlyrics.com ------------------------------------------ Siti Nurhaliza - Oda bumi anbia ------------------------------------------ Prologue Izinkan ku bercerita Sebuah kisah yang telah engkau tahu Dari kaca TV dan dada-dada akhbar Kau sendiri melihat dan mendengarinya, bukan? Penganiayaan satu bangsa terhadap Satu bangsa yang lain Beginilah apabila kemanusiaan Di penghujung kewarasan Merengkok tubuh mungil Diatas pasir berbumbung langit Entah apalah dosanya Rebah dihinggapi peluru yang tak bermata Berkawat lasykar angkuh Dibalik jentera perisainya Berselendangkan senjata Tiada belas nuraga nun dihatinya Dunia bagai pejamkan mata Serta terpasung tangannya Tidak mampu berbuat apa Sedangkan mungkar ber-raja?oh (oh..mengapa??oh) Monologue Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin Nablus dan sepanjang tebing barat Hari demi hari Layskar angkuh ini Terus mengganas mencari mangsanya Kanak-kanak atau orang tua Tidak mengapa Pada mereka sama sahaja!!! Mengalir darah merah Di atas bumi suci Anbia Laungan intifada Bergema membakar semangat perjuangan Epilogue Sampai bila?? Sampai bilakah penindasan dan Kekejaman ini akan berterusan? Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus Menyaksikan pertumpahan darah? Sampai bila rakyatnya harus terus Terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan? Aku sendiri menanti jawapnya?